Ahad, 22 Mac 2015

Cara Membuat Blog

Bagaimana cara membuat blog? 

Bagi memulakan blog saya sendiri, terlebih dahulu saya membuat rujukan di dalam internet. Saya mencuba dan saya ingin berkongsi pengalaman bagaimanakah cara membuat blog sendiri di blogspot secara percuma. Tutorial ini memang amat sesuai bagi yang belum pernah memiliki blog. 


cara buat blog sendiri di blogspot


Saya memilih platform blogspot kerana ianya adalah platform percuma yang disediakan oleh pihak google kepada sesiapa yang ingin belajar membuat blog ataupun website. Terlalu banyak sebabnya kenapa saya memilih blogspot, antara sebab tersirat ialah enjin carian terbesar di dunia adalah milik google.
Jadi pembinaan blog berdasarkan produk google akan memberikan kelebihan kepada laman anda sedikit masa lagi. Jadi oleh kerana tutorial ini khusus untuk buat blog jadi tidak sesuai rasanya kalau saya ceritakan tentang kelebihan-kelebihan menggunakan blogspot ini. Mungkin lain kali.



Cara Membuat Blog Sendiri Di Blogspot


Sebelum membuat blog, anda hendaklah mempunyai akaun gmail. Sila daftar akaun gmail jika anda masih belum mempunyai akaun email di gmail. Cara pendaftarannya adalah mudah sekali dan ianya adalah percuma. 

Jom kita lihat bagaimana cara saya membuat blog yang menggunakan nama blog sebagai Blogger Pontian dan urlnya ialah bloggerpontian.blogspot.com.


  1. Setelah berjaya mendapatkan akaun gmail, Klik blogger.com. Saya memasukkan email dan password email yang telah didaftarkan. Paparan akan dikeluarkan sebagaimana di bawah
  2. cara buat blog sendiri di blogspot
  3. Paparan "Create your blog now" kelihatan. Ini bermakna saya masih belum mempunyai blog di akaun blogger ini. Klik icon "New Blog".
  4. Saya memasukkan "Blogger Pontian" sebagai nama blog(tajuk/title)dan bloggerpontian.blogspot.com sebagai address ataupun alamat blog. Alhamdulillah "this blog address is available". Ini bermakna url tersebut masih belum digunakan oleh orang lain. Jika anda ingin meletakkan nama blog, pilihlah nama blog yang mudah diingati dan sesuaikan dengan isi kandungan yang akan anda kongsikan nanti di blogspot tersebut. Hindari daripada menggunakan special character dan juga nama yang terlalu panjang.

  5. Ada beberapa template default yang disediakan. Saya hanya menggunakan template "simple" sebagai template blog blogger pontian ini.Klik "Create Blog".


  6. Dah siap. Sudah boleh mula menulis dan menerbitkan artikel.
Sekian sahaja artikel paling asas cara membuat sebuah blog secara percuma menggunakan platform blogspot. Selamat mencuba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan